Chriszen Teardrop NBR Sponge

July 10, 2014

Assalamualaikum wbt


Sebelum ni sy ada buat review tentang cream foundation daripada Chriszen (KLIK SINI) dan ada yang tanya sy, macam mana nak apply foundation tu. Guna jari ke, guna berus ke, guna span ke? Ok sebenarnya untuk cream foundation, sy lebih prefer apply guna sponge. Mana nak cari? Jangan risau, Chriszen sendiri ada menjual span untuk memudahkan korang sapu foundation yang mereka jual tu.



Bentuk Teardrop (air mata) yang sangat comel!


Ok mungkin korang tertanya-tanya kenapa bentuk span ni pelik? Sebenarnya bentuk dia ni sangat memudahkan korang apply foundation seluruh muka tau. Contohnya tengah-tengah span yang melengkung tu memudahkan korang pegang (easy grip design), dan bentuk atas yang tajam tu memudahkan korang apply foundation di tempat-tempat yang susah nak capai seperti bawah mata, celah tepi hidung, dan kawasan tepi bibir. Last sekali bahagian bawah dia yang bulat memudahkan korang apply kawasan seperti dahi, pipi, dan leher.

Antara product yang boleh disapu menggunakan Chriszen Teardrop Sponge:
  • Liquid foundation
  • Cream foundation
  • Stick foundation
  • Concealer
  • Face powder
Biasanya span ni dibasahkan dahulu sebelum sapu foundation ke muka untuk mengelakkan span tersebut menyerap terlalu banyak product / foundation terutama bagi liquid foundation. Membazir je sapu foundation bebanyak kat muka tapi sebenarnya nak guna sikit je, kan?

Kiri: Basahkan span.
Kanan: Perah untuk buang lebihan air dalam span.
(klik gambar untuk besarkan)

Wajah sebelum memakai sebarang foundation.
Sebelum foundation, sy apply Chriszen Luxury 24k Gold Ampoule. Baca review SINI

Selepas makeup.
Foundation telah disapu rata menggunakan Teardrop Sponge.
gambar ni menunjukkan cream foundation yang sy guna, juga dari Chriszen. Baca review SINI

Apa yang sy perasan, foundation yang dipakai dapat disapu rata ke seluruh muka. Span ni juga dapat bantu mengelak muka bertompok disebabkan foundation atau bedak yang tidak rata. Alhamdulillah muka nampak licin je dan lebih mudah dan cepat berbanding sapu guna jari (sebelum ni sy prefer sapu liquid foundation guna jari berbanding berus).

Harga:
RM16.90 (Semenanjung)
RM18.90 (Sabah/Sarawak)

Mana nak beli:
Email: chriszenofficial@gmail.com


p/s: these product have been given to me for a review purposes. all review above are based on my own opinion.

You Might Also Like

6 comments

  1. dah lama dah dok usha product chriszen ni...mcm best ja...tggu la nanti lps muka dah pulih...nak beli la...skrg ni tak boleh pakai heavy2 sgt kat muka...nnt lagi teruk....huhu

    ReplyDelete
  2. saya pun pakai produk ni.. :)

    ReplyDelete
  3. salam. awak pakai foundation no brp?

    ReplyDelete

Subscribe to get email updates