Chriszen Moist Cake (2 in 1 Foundation)

July 05, 2014

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah minggu lepas sy berjumpa dengan founder Chriszen dan dapat lagi gift. Sebenarnya sy dapat 4 jenis product tapi untuk buat review, sy akan bahagikan entry dan buat review satu persatu so senang bagi korang nak baca dan faham tentang product ni. Nantikan entry-entry sy yang lain di mana sy akan buat review kesemua product daripada Chriszen ni k. Semua product yang diorang jual best-best! Korang takkan menyesal lah! ^_^

Untuk product yang pertama ni sy nak buat review tentang Chriszen Moist Cake. Ini bukan cake untuk dimakan tu yer. Ini sebenarnya foundation untuk muka yang korang apply sebelum pakai face powder (bedak muka). Tapi Chriszen Moist Cake ni bukan macam foundation biasa tau. 2 in 1 foundation. Kenapa? Sebab sambil korang pakai foundation tu, dia sebenarnya dapat membantu memulihkan kondisi muka korang. 


Packaging Chriszen Moist Cake






Seperti yang sy cakap tadi, foundation ni ada banyak kelebihan. Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa foundation ni mempunyai 2 warna. Ok yang warna coklet tu adalah foundation. Bila beli Chriszen Moist Cake ni, korang kena ikut dan pilih warna coklet tu dengan betul mengikut kesesuaian warna kulit korang, sebab foundation ni ada 3 jenis warna. Dan warna putih tu pulak adalah L-Glutathione dimana ia dapat membantu memutihkan dan memperbaiki kondisi muka korang. Bagi sesetengah orang, mereka suka mix foundation dengan product skincare lain sebelum sapu ke seluruh muka. Tapi selepas beli foundation Chriszen Moist Cake ni, korang tak perlu lagi buat macam tu k sebab dia memang dah sedia mix dengan L-Glutathione. So sangat memudahkan korang lah.

01-Untuk warna kulit jenis 'pale' (chinese skintone)
02-Untuk berkulit cerah (malay skintone)
03-Untuk berkulit gelap

Foundation ni jenis krim. Korang kena apply kat muka menggunakan sponge dan jangan apply guna jari dikuatiri tidak bersih. Disebabkan foundation ni jenis krim, korang kena sapu betul-betul sehingga rata untuk elakkan bertompok dan tebal. Kalau tak rata nanti muka korang rasa tebal sangat-sangat dan mula lah rasa tak selesa. So pastikan sapu rata k.

Swatches (code no.02)
Perasan tak sebelah kanan tu kulit nampak lebih halus berbanding sebelah kiri.

Untuk pengetahuan korang, Chriszen Moist Cake ni mempunyai SPF 50! Haaa sebenarnya kalau SPF lagi tinggi lagi bagus sebab dia dapat membantu melindungi kulit kita daripada cahaya matahari. So takde lah muka merah dan terbakar kena matahari. So SPF 50 ni dah kira ok lah ni. Btw, gambar bawah ni sy nak tunjuk muka sy sebelum dan selepas guna Chriszen foundation.


My God! Ok abaikan muka tak berapa nak lawa sebelah kiri tu yer ^_^



Seperti yang korang nampak gambar kat atas, gambar 'sebelum' tu korang boleh tengok sendiri sebenarnya warna kulit sy tak sekata terutama kawasan mata, mulut dan hidung disebabkan kurang tidur dan kurang minum air putih. (student, assignment banyak -_-) Tapi selepas guna Chriszen Moist Cake ni alhamdulillah dia dapat membantu menghaluskan dan sekatakan warna kulit sy. sekurang-kurangnya takde lah nampak macam zombie keluar rumah, kan?

Kalau korang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, parut, tompok hitam, eyebag dan sebagainya, jangan risau lah sebab foundation ni confirm dapat cover semua tu. Bila keluar rumah pun korang takde lah segan sangat kan. Eh eh product ni juga boleh dipakai oleh mereka yang mempunyai kulit sensetif k. Jangan risau :)

Oh btw sebelum sy terlupa, gambar 'sebelum' tu sy tengah pegang Chriszen 24K Gold Ampul (sy pakai product ni sebelum apply foundation). Kalau korang beli foundation tu, korang akan dapat free 24K Gold Ampul ni. Yes, free! Siapa yang tak nak, kan? Ok next entry nanti sy akan buat entry tentang 24K Gold Ampul ni pulak k. Sabar yer.

For your information,  product Chriszen ni original yer. Founder Chriszen ni sendiri yang inform kat sy, kalau nak tau product ni ori ke tak, tengok QR Code.

Original = ada QR Code

Harga Chriszen Moist Cake:
RM59.00 
(dapat free Chriszen 24K Gold Ampul)

Mana nak beli:


p/s: these product have been given to me for a review purposes. all review above are based on my own opinion.

You Might Also Like

25 comments

  1. Cantik lahhh akak ,, tengok foundation tu macam nak makan je ... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kann? lagi-lagi time puase ni. nampak mcm sedappp je >.< hahaha

      Delete
  2. wuuuu fall in love trs dgn produk ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau nak beli, blh pegi website diorang k :)

      Delete
  3. wow cantiknya!ok kena cuba jugak ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila hehe blh visit follow page diorang k

      Delete
  4. Macam mana nak pakai? Just tempek2 span tu dekat CMC and then tempek dekat muka? Macam tu ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sy selalu basahkan dulu span tu kemudian perah, then tempek la foundation tu kat muka dan ratakan guna span tu jugak.

      Delete
  5. n1 more tips dr MG
    jgn cecah span kt foundation tu sbb nnti byk sgt kt span tu pastu spu kt muka nnti jadi mcm xcntik
    letak brape titik kt muka then blend dgn span . <---ni just my self review la . tatau la yg len :)

    kan nad kan ? :)
    mmg cntik n save giler foundation ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah sebab tu i prefer basahkan sponge tu dulu spaye dia tak pickup too much foundation n also helps to blend perfectly. but still, good advice :)

      Delete
  6. heheh .. sy dh cuba dh pkai.. mmg nmpk smooth ngn kulit ,
    btw, xsabar nak tggu review produk CMC y lagi satu tu >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah dlm masa terdekat sy akan post utk product chriszen yg lain plak hehe

      Delete
  7. Wah cantiknya..lpas apply foundation tu da x perlu pkai face powder lgi ke..,?

    ReplyDelete
    Replies
    1. still kne pakai face powder dear untuk 'set' foundation tu spaye tak bertompok nnt n also dpt kurangkan minyak muka. tp tak perlu pakai tebal sgt sbb foundation ni mmg dah cover almost all imperfection kat muka u :)

      Delete
  8. your skin sangat cantik. My skin tengah breakout skrg..sedihh sedihh..
    can't wait to try out this product..yeayyyy! Thanks for the review :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe takpe rajin2 je basuh muka n mnum air byk insyaAllah your skin will get better. Thanks for reading dear!! :)

      Delete
  9. wah mmg flawless gile skin lps pki.thanx 4 review dear~~ nak try jugak..yg no.2 ni mmg mcm kuning2 sket ek~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. gelap2 bawah mata pun x nampak hehe yes dear no.2 tu mcm kuning langsat sket tp bila sapu kat muka, kan dia mix ngan kaler putih tu so automatik dia akan jd cerah... :)

      Delete
  10. Cantiklah sis, pandai you makeup.

    Btw, foundation ni tahan berapa jam kat muka ya? Rasa berminyak tak pakai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far sy selalu pakai pegi class dari pagi til kul 6ptg still ok lagi :)

      Delete
  11. kalau pakai chriszen ni dgn bb cream okay tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. personally, sy tak suke sgt mix chriszen foundation ni ngan bb cream or other foundation sebab takut jadi tebal, n jadi lebih creamy... kang x slesa plak kat kulit muke sbb terlalu banyak produk bercampur...

      Delete
  12. cantik lah kulit u......kening u pun i like

    ReplyDelete
  13. cmc xsesuai ngn sy..huhu..pakai cmc je bila xblend ngn loose powder muka jd berminyak n nmpk cakey..baru smggu guna ni.foundation anugerah lg better

    ReplyDelete
    Replies
    1. cmc ni agak heavy, so make sure jgn pakai banyak sgt, kalau tak, jadi cakey mcm yg awk ckp tu... and kne make sure blend btol2.. sbb dye high coverage, and texture creamy... kdg rse tebal, tp tu lah, make sure blend n sapu rata btol2 :) yes, face powder jgn lupe pakai lepas cmc ni... mmg akan cakey kalau tak pakai -my experience

      Delete

Subscribe to get email updates