Snow White Milky Pack

June 23, 2014

Assalamualaikum wbt


Hai. Kepada mereka yang ada follow instagram sy tu mungkin korang dah boleh agak kan entry kali ni sy nak buat review tentang produk yang sy baru dapat beberapa hari lepas. Sy ada post gambar dan mention nak buat review untuk post akan datang, so here it is! Bagi mereka yang tengah cari lotion untuk memutihkan kulit, entry kali ni mungkin untuk korang. Pernah dengar tentang Snow White Milky Pack? Kenapa dipanggil 'Snow White' ??



Picture from Google
5 Free System:
Free Mineral Oil
Free Phenoxy ethanol
Free Benzophenoe
Free Parabens
Free Pigment




'Just apply and wash out, Whitening Pack will brighten your complexion. It's quick absorption will not make it rub off on clothes, and its smooth texture will make application very easy. Whitening agent niacinamide will multiply the whitening effects. It will provide moisture to keep skin soft and relieve irritated skin. Your skin will look most natural and brilliant, making you look beautiful. Your skin will look and feel brighter with continue use.

Belakang kotak. Dalam bahasa Korea.


Masa mula-mula dapat barang ni, sy tertanya-tanya jugak betul ke produk ni dapat memutihkan kulit. So cepat-cepat buka packaging dan apply kat tangan. Texture lotion ni lebih tebal sedikit berbanding lotion badan Vaseline. Lotion ni warna putih macam kat dalam gambar atas. Bila apply tu bau dia sangat-sangat wangi! Korang buka je penutup botol lotion ni dah confirm korang terus akan terhidu wangi lotion ni. Sangat best, buat sy tak sabar nak sapu kat tangan dan tengok berkesan ke tak untuk memutihkan kulit.

'MADE IN KOREA'


Dalam gambar atas sy hanya letak sedikit je kat tangan sebab just nak tengok texture lotion ni. Tapi actually kalau korang nak tengok hasil dia nanti, korang kena sapu banyak sket kat tangan dan biarkan beberapa minit. Jangan sapu sampai hilang macam korang sapu lotion vaseline tu k. Ratakan seluruh tangan dan tunggu beberapa minit. Tak lama lepas tu korang boleh rasa sejuk sejuk area tangan tu. Macam cooling effect gitew! Selepas beberapa minit, basuh lah tangan tu. Warning, nak basuh tu mungkin susah sket sebab texture dia yang tebal tapi hasilnya, tengok gambar bawah:

Taraaaaa tangan nampak lebih putih selepas pakai Snow White Milky Pack

Kenapa sy suka Snow White Milky Pack:
  • Wangi sangat-sangat dan tahan lama. Selepas basuh tangan tu, wangi still lekat lagi.
  • Tak perlu tunggu lama. Hanya sapu kat area yang nak bagi putih tu, tunggu beberapa minit je korang dah boleh basuh dan tengok hasilnya.
  • Berkesan memutihkan kulit dan nampak sangat 'natural'.
  • Bila sapu kat kulit tu, kulit akan terasa sejuk sejuk.
  • Boleh pakai kawasan muka, tangan, kaki, dan badan.
  • Tidak memberi kesan negatif kepada kulit.

Perkara lain yang sy tak suka tentang Snow White Milky Pack:
  • Kalau korang hanya apply sekali dua je, kesan memutih tu tak berpanjangan. Hanya bertahan beberapa jam. Korang kena sapu setiap hari untuk kesan berpanjangan.
  • Susah nak basuh.

So overall, produk ni ok. Sampai sekarang sy masih pakai lotion ni sebab suka tengok effect memutih tu dan bau dia yang sangat-sangat best. Sejuk pulak tu. Walaupun dia kena pakai setiap hari untuk kesan lebih berpanjangan, tapi overall produk ni still best dipakai. Korang boleh beli di Supermodel Secret. Visit website diorang, sebab kat situ ada macam-macam produk kecantikan yang korang boleh pilih! Harga pun semua berpatutan. Oh and another thing, kalau nak order melalui website ni korang boleh guna coupon code NADHIRA untuk dapatkan diskaun.


Kalau nak tau lebih lanjut cara pakai Snow White Milky Pack ni dan tengok hasilnya, boleh tekan butang play video bawah ni:



Harga:
RM65 (200ml)
RM55 (50ml)

Mana nak beli:
Instagram: supermodels_secrets

Discount coupon code:
NADHIRA 
(use this coupon code if you want to buy any product from their website and you will get discount!)

p/s: these product have been sent out to me for a review purposes. all review above are based on my own opinion and may be differ from others.


You Might Also Like

2 comments

  1. hehe.. dh follow sini..
    Good for your videos ! :)
    #TuanPunyaBlog #pun #Comel.. hehe :D

    ReplyDelete

Subscribe to get email updates