Magic Eyes Instant Eyeshadow

June 30, 2014

Assalamualaikum wbt


Salam Ramadhan kepada semua pembaca blog Nadhira Izzati. Hari ni sy nak buat review tentang satu produk yang mungkin korang excited nak tau. Pernah dengar Magic Eyes Instant Eyeshadow? Tengok gambar bawah:



Sy pernah jugak tengok instant eyeshadow ni kat youtube. Memandangkan produk ni sangat murah dan 'segera', so diorang cuba apply, buat review dan post dalam youtube. Masa mula-mula tengok produk ni dulu, terfikir jugak macam berminat nak try. Tak sangka pulak betul-betul sampai ke tangan. Terima kasih Supermodels Secrets bagi sy try produk ni. 

Kepada mereka yang masih tertanya-tanya, ini sebenarnya instant eyeshadow. Macam eyeshadow yang korang selalu sapu kat kelopak mata tu, cuma yang ni dalam bentuk 'segera'. Kiranya ia memudahkan korang lah. Tak payah tonyoh satu-satu warna kat mata. Just guna produk ni. Sekali sapu je dah dapat 3 jenis warna. Senang dan jimat masa. Sy nak inform korang, mula-mula pakai eyeshadow ni mungkin agak susah sket korang nak apply. Sy sendiri pun terpinga-pinga jugak sebab ini sebenarnya kali pertama sy cuba produk ni. Tapi alhamdulillah beberapa kali praktis, dapat jugak hasil yang memuaskan. Korang boleh tengok video bawah ni yang dibuat oleh founder Supermodels Secrets tu sendiri, cara pakai Magic Eyes Instant Eyeshadow 


Dah tengok? So amacam? Senang sangat kan? Tapi kalau korang mempunyai masalah macam sy, susah nak adjust bentuk instant eyeshadow di kelopak mata (saiz eyeshadow ni lebih besar dari kelopak mata), jangan risau. Korang boleh ikut cara sy. Potong!



Selepas potong tu, next step ikut je lah macam dalam video atas tadi tu. Oh kalau korang tak suka kilat (sebab eyeshadow ni sangat berkilat), korang boleh je blend guna jari atau berus makeup. Yupp sy tak suka shimmery/kilat so sy blend guna berus makeup sampai warna tu tak terang sangat. Bawah ni sy nak tunjuk gambar sebelum dan selepas. Gambar sebelum tu korang boleh tengok sendiri kan macam mana pekatnya warna eyeshadow ni. Sangat-sangat pigmented dan senang transfer ke kelopak mata. Tapi memandangkan sy tak suka warna va va voom untuk jalan-jalan, so sy blend sampai harsh line tu betul-betul hilang dan nampak lebih natural.

Klik gambar untuk besarkan

Perasan tak gambar 'selepas' tu lebih natural? Korang boleh blend untuk nampak lebih natural macam tu. Atau, kalau nak jugak warna terang macam gambar 'sebelum' tu. boleh lah direct betulkan kat tepi-tepi tu bagi nampak kemas, kemudian apply eyeliner, mascara bagai semua tu. It is all up to you! Btw, kalau korang nak beli instant eyeshadow ni, jangan risau, sebenarnya ada banyak warna yang korang boleh pilih. Semuanya ada 12 jenis warna! Sesetengah warna yang sy dapat:







See? Sangat pigmented! Mudah lekat kat mata!

Sebab kenapa sy suka Magic Eyes Instant Eyeshadow:
  • Warna yang sangat terang dan pigmented. Mudah transfer ke kelopak mata bila apply.
  • Terdapat banyak jenis pilihan warna.
  • Boleh adjust / perbetulkan saiz eyeshadow ni mengikut bentuk kelopak mata masing-masing.
  • Mudah dipakai. Terutama bagi mereka yang nak cepat, hanya mengambil masa beberapa saat sahaja!
  • Memudahkan mereka yang sentiasa bermasalah / tidak pandai memakai eyeshadow biasa.

Perkara lain yang sy tak suka tentang Magic Eyes Instant Eyeshadow:
  • Terlalu berkilat / shimmer (ni terpulang kepada minat masing-masing. Sy prefer jenis matte)
  • Hanya boleh pakai sekali
  • Tidak water-proof dan smudge-proof. *tengok gambar bawah

Eyeshadow jenis ni tidak sesuai kalau korang nak pergi tempat yang mungkin menyebabkan korang menangis atau berpeluh. But other than that, you're good to go!

Harga:
Rm29.90

Mana nak beli:
Instagram: supermodels_secrets

Discount coupon code:
NADHIRA 
(use this coupon code if you want to buy any product from their website and you will get discount!)

p/s: these product have been sent out to me for a review purposes. all review above are based on my own opinion and may be differ from others.

You Might Also Like

10 comments

  1. cantik sangattt! i really love your eye shape. pakai apa2 eyeshadow pn nmpak cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tapi yg tk best nye jenis mata i ni kalau tak pakai false lashes, tserlah ke-sepet-an >.<

      Delete
  2. ni bagi yang reti nak pakai eyeshadow like me! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'reti' ke 'tak reti'? hehe takpe i pun kdg2 tu spoil jugak apply eyeshadow -_-

      Delete
  3. menarik...boleh pakai berulang kali ke?

    ReplyDelete
  4. yeayy..instant eyeshadow..pika dapat gak but tak expert nak pakai mcm mana..takut tercacat..hehehee..
    btw, thanks for the review..Nice!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha pakai lah, nak tengok pika try jugak! :D

      Delete

Subscribe to get email updates