IN2IT Line Define (peel-off eyeliner formula)

June 05, 2014

Assalamualaikum wbt


Entry kali ni sy nak buat review tentang eyeliner keluaran baru dari IN2IT. Eyeliner ni baru je dikeluarkan bulan Mei lepas. IN2IT Line Define (peel-off eyeliner formula). Untuk eyeliner baru ni, IN2IT mengeluarkan 2 jenis eyeliner. Jenis matte dan jenis shiny. Warna yang disediakan pun hanya ada 2 jenis warna sahaja, brown dan brownish black (coklet gelap).


Korang boleh nampak poster atas ni ada bagi pilihan kat korang. Matte finish untuk bagi mata nampak lebih besar, shiny finish pula lebih kepada berkilat untuk bagi mata korang nampak lebih menyerlah. So korang boleh pilih lah mana satu yang korang minat. 


Sy pilih warna Brownish Black sebab sy tak suka eyeliner warna coklet terang. Dan eyeliner ni ada 2 jenis kan? So sy pilih yang jenis matte. Ok eyeliner ni sebenarnya kelebihan dia hampir sama dengan eyeliner favourite sy yang juga dari IN2IT. Eyeliner review tu sy dah buat (klik sini).

Beza eyeliner ni adalah, berus dia yang sangat-sangat nipis. Bagi mereka yang tak pandai buat 'wing' kat tepi mata tu, atau mereka-mereka yang selalu bermasalah dalam memakai eyeliner, mungkin produk baru ni dapat bantu korang. Berus dia tersangat nipis, so dia bagi kelebihan kat korang untuk kontrol berus tu bila apply eyeliner kat atas atau bawah mata korang.

So lepas ni takde lah masalah eyeliner 'tertebal' sebelah mata  :)


'Line define eyeliner does not absorb into the skin'. Maksud? Ok maksudnya, eyeliner ni jenis peel-off. Walaupun waterproof, tapi dia tak macam eyeliner lain yang waterproof sampai nak mampoih basuh. Yang ni korang hanya jirus air sedikit kemudian gosok perlahan guna jari. Confirm bersih. Pastu eyeliner ni tak macam eyeliner lain yang lepas korang basuh muka atau bersihkan guna makeup remover pastu meleleh hitam bawah mata macam mata panda tu. Yang ni tak! Bersih 100%!! Sy dah cuba. (sebab tu dia tulis kat situ 'no bleeding' dan 'easy to remove with peel-off formula')

Siap boleh tulis-tulis sebab berus nipis dan senang kontrol.
*cakar ayam sejak bangku sekolah lagi -_-

Sy hanya gosok guna jari tanpa guna air.

Tadaa bersih! Senang kan? Peel-off formula.

So korang boleh nampak gambar atas ni cara nak bersihkan senang je. Hanya perlu gosok. So lepas ni takde lah korang nak basuh bagi hilang sampai 2/3 kali kan. Cuma kat atas tadi dalam kotak eyeliner ni diorang tulis 'no smudging' dan 'waterproof', yang tu sy tak setuju sangat sebab sekali gosok je dah tanggal. Ya memang waterproof, korang cuba bagi kena air confirm tak meleleh. Tapi bila dah kena air tu, sekali lap je guna tisu confirm dah hilang bersih! Sebab diorang perkenalkan peel-off formula kan so memang senang tanggal dan senang basuh. Tapi 'long wearing' ?? Yes :)

Mana nak beli?
- Guardian
- Watsons

Harga:
Rm15.90

You Might Also Like

12 comments

  1. wahh..menarik ni..xde lah comot-comot kan bila pakai eyeliner,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah.. senang lgi nak design buat wing hehe

      Delete
  2. kurang pandai pakai yang liquid hheheehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe, slow2 praktis.. boleh tu... :)

      Delete
  3. wow nice sharing...fifie singgah baca entry n follow #2686
    keep in touch....

    ReplyDelete
  4. wah..mcm best jer..nak cuba lah hehe :D

    ReplyDelete
  5. salam ukhuwah..anda ditag http://aspireangel.blogspot.com/2014/06/ga-by-farahdeena-fisal.html

    ReplyDelete
  6. Da beli da.. now offer.. beli eyeliner matte tu foc yg shiny tu.. kt watson..

    ReplyDelete

Subscribe to get email updates