Eyebrow Marker and Pink Marker by Kji n Co

April 30, 2014




Assalamualaikum wbt

Beberapa hari lepas sy terima dua produk daripada Kji n Co. Pink Marker, dan 24hours Eyebrow Marker. Ni pertama kali sy cuba produk dari Kji n Co. So haritu ada jugak survey website dan facebook page diorang. Yupp diorang jual cosmetics products, dan alhamdulillah diorang ada send dua jenis produk macam kat gambar atas. Meh sy review satu-satu yer.


Pink Marker: 72 Hours Semi Permanent Lip Tint and Butter








Product ni adalah product untuk bibir. Korang boleh tengok dalam gambar, saiz lip tint ni sangat comel. Transparent, so korang boleh nampak warna lip tink ni warna putih kan? Tapi jangan risaw. Bila apply kat bibir, bukan warna putih pun. It turn out to be pink! Tak caya? Tengok gambar bawah ni:


Apply sedikit lip tint dan sapu rata guna jari.

Selepas pakai lip tint.


See? Sangat natural. Tak berat dan paling penting, tak melekit. Bagi mereka yang tak suka pakai lipstick atau lipgloss, boleh lah try lip tint ni sebab sangat-sangat natural dan tahan lama. Korang boleh makan minum dan lip tint ni still lekat lagi. Korang try basuh pun, boleh nampak bibir still nampak pink-pink so takde lah nampak pucat sangat bibir tu kan? Product ni mengandungi 100% bahan semulajadi, so jangan risau sangat lah. Kalau korang pegi website Kji n Co, kat situ diorang ada senaraikan description dan cara nak pakai benda ni. Kalis air dan kalis comot. Yupp betul. Sy dah try. Tapi ada satu benda yang sy curious sangat. Product ni claim boleh bertahan selama 72hours. Lama kot. Selepas beberapa kali cuba, lip tint ni hanya bertahan dalam 24jam++ dan bukanlah 72 jam. Bila baca kat website diorang, rupanya lip tint ni kena sapu 3 ke 5 kali barulah warna dia betul-betul melekat kat bibir dan tahan lebih lama. Haaa baru lah 72hours kan?Lagi satu, lip tint ni senang nak bawa kemana-mana. Paling penting, packaging dia ada cermin. So senang sangat lah nak apply time tengah berbaris masuk tandas pun boleh je pakai sebab dah sedia cermin kat packaging dia kan? hehe

Tentang harga, kos lip tint ni dalam Rm68. Mahal? Ok bila fikir balik, berbaloi jugak sebab kita bukan nak pakai banyak pun. Hanya perlu dab dab beberapa kali kat bibir kemudian sapu guna jari. Jangan sapu semua sekali macam korang sapu lipgloss tu k. Rasa tak selesa. Sy dah pernah buat macam tu dan memang rasa tak selesa pakai. Sebab mula-mula tu bengong jugak letak macam pakai lipgloss hehe



24 Hours Eyebrow Marker






Product ke-2 ni pulak adalah product untuk lukis kening. Actually Kji n Co bagi 4 jenis warna pilihan:
  • Greyish Brown
  • Natural Brown
  • Light Brown
  • Dark Brown



Macam kat gambar atas ni, sy pilih warna Greyish Brown. Sebab sy nak warna brown gelap ala-ala hitam sket. Eyebrow marker ni claim boleh bertahan selama 24jam. Yupp betul. Sy dah try dan memang tahan. Kat hujung eyebrow marker tu, ada applicator untuk berus kening, selepas korang lukis kening tu, blend warna brown tu guna berus yang disediakan supaya bagi nampak kemas sket. Eyebrow marker ni berbentuk tiga segi, so sangat senang nak lukis kening. Mula-mula memang struggle jugak lah nak adjust sebab bentuk tiga segi kan. Tapi praktis lama-lama alhamdulillah dah boleh guna tanpa sebarang masalah. Harga dalam Rm43. Made in Japan.

Sebelum

Selepas

Kji n Co website: http://kjinco.com/
Kji n Co facebook page: https://www.facebook.com/kjinco

p/s: these products have been send out to me for a review purposes. all review above are based on my own opinion.


You Might Also Like

14 comments

  1. Replies
    1. a'ah best dear... sy kalau mls nak makeup lebih2 time keluar umah, just tepek2 je pink marker tu kat bibir and im done! :)

      Delete
  2. nak eyebrow marker jugak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe boleh visit website diorang k kalau nak beli :)

      Delete
  3. ohmaiii ~ bnyak'y pink - mcm best jer pink marker tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha fav colour... yupp sgt best... nmpk natural n x melekit2 mcm lipgloss...

      Delete
  4. seriuss..cantik bila pkai lip tint tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u dear.... you pun blh guna gak lip tint tu... visit their website k :)

      Delete
  5. waa cam best shaja..xpenah dgr lagi kji and co, lepas ni nak g usha =) thanks for sharing

    jemput join^^
    http://iolacaviarofficial.blogspot.com/2014/05/2-mellya-and-iola-giveaway-bonanza.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... ni pun 1st tyme try product diorang... so far best :)

      Delete

Subscribe to get email updates