Silkygirl Precision Sharp Eyeliner Pen

July 26, 2013

Assalamualaikum wbt


Bercakap tentang eyeliner, ramai sangat yang hantar komen tak reti pakai eyeliner. Shaky-hand lah, comot bila nak pakai lah, susah nak buat wing lah. So bagi mereka-mereka ni sebenarnya boleh ja belajar pakai eyeliner. Mula-mula ja rasa susah. Kalau nak belajar pakai eyeliner kena lah beli eyeliner yang mudah digunakan. Betul kan? Sebaik-baiknya guna pencil eyeliner, ataupun kalau nak jugak guna jenis liquid, beli yang bentuk macam pen tu. Rujuk gambar bawah ni:

Silkygirl Precision Sharp Eyeliner Pen



Eyeliner ni sebenarnya dari tahun lalu lagi dah dikeluarkan. Baru sekarang berkesempatan nak beli. Ppfft. Ok yang best tentang eyeliner ni korang boleh nampak sendiri lah kan. Hujung dia yang tajam memudahkan proses membuat eyeliner kat mata terutama bagi mereka yang baru nak belajar guna eyeliner. Liquid eyeliner memang agak susah nak pakai bagi newbie. Tapi sekarang dah banyak brand buat jenis pen macam ni. Sama jugak liquid eyeliner cuma dalam bentuk yang berbeza ja.

Tengok tu, siap boleh tulis-tulis lagi.


Kata pengeluar:
  • Long-wearing
  • Waterproof
  • Smudge-proof
  • Fragrance-free
  • Dermatologist tested

Kata pengeluar tu betul atau tidak? Ok ni pendapat sy: 

Long-wearing? Boleh dikatakan tahan lama jugak lah. Sebab eyeliner ni tidak mudah comot. Kadang-kadang ada jenis eyeliner yang dah pakai 2/3jam kemudian ada comot kat atas kelopak mata tu kan? Yang ni tak k. 

Waterproof and smudge-proof? Smudge-proof yes, waterproof no. Kalau kena peluh tu dia still boleh tahan jugak lah, tapi bila kena air tu cepat ja cair. Kot kot lah korang jalan-jalan, tiba-tiba hujan pulak. Atau syok tengok wayang then nangis sorang-sorang kan haaa cair eyeliner you all. Kalau smudge-proof pula, sy boleh bagi 50/50 lah. Kalau korang gosok, eyeliner tu still lekat lagi cuma warna dia tak berapa nak hitam lah. Rujuk gambar bawah:

*tuan-tuan dan puan-puan lihatlah betapa putihnya tangan ini oleh pancaran sinar matahari :D

Fragrance-free? Kalau korang try hidu dekat-dekat, ada lah jugak bau ala-ala whiteboard marker pen tu. Tapi tak mengganggu pun bau tu. Tak kuat pun. Bila nak pakai macam biasa eyeliner ni, korang takkan perasan pun benda ni ada bau macam tu.

Warna dia sangat-sangat pekat. Pigmented katanya. Sekali garis ja pun warna dia tetap terang. Bukan macam sesetengah eyeliner pen tu kena 2/3kali garis baru nak terang kaler hitam tu. Walaupun dia jenis liquid tapi dia cepat kering tau. Tak sampai berapa saat, dah kering. Best nya! Oh oh fyi, eyeliner ni cuma ada 1 warna sahaja. Blackest Black. So jangan berangan nak cari kaler brown, blue, silver pulak ok!

Kelemahan eyeliner ni dia cepat kering kalau korang tak tutup betul-betul penutup tu. Sometimes rasa baru pakai 3/4kali tapi dah nak habis. Sebab eyeliner jenis pen macam ni mudah kering. Lebih kurang macam whiteboard marker pen tu lah kadang-kadang kering kat dalam kan. Sama lah jugak dengan eyeliner ni.



Mana nak beli?
Mostly Guardian and Watson.

Harga?
Rm18.90

Rating?



*this is non-sponsored post. i bought the product with my own money and post the review with my own opinion.

You Might Also Like

16 comments

  1. kita pakai yang elianto. quite good impact and smooth jugak!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. produk elianto byk jugak best2 kan :)

      Delete
  2. sye pakai yang ni. mula mula memang tak pandai. tapi lama lama senang je nak apply guna ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... bila dah pro guna eyeliner pen ni, mesti takda masalah guna eyeliner liquid yg biasa tu^^

      Delete
  3. Replies
    1. bagi sy tak leceh pun... nak apply pun senang ja.. laju ja siap hehe

      Delete
  4. hah, bnda ni senang nak pakai dan sangat pekat.
    syaa pakai jenama ni dengan hyperline mebelin :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... maybelline hyperline pun best selling product jugak tu :D

      Delete
  5. ^U^ Jom Join! 28 hadiah menarik! Top refferal akan mndapat Rantai Moustache dan HADIAH PILIHAN SENDIRI! Let's Join! :D http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/07/segmen-simple-giler-by-anis.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee insyaAllah.. thanks sbb invite dear :)

      Delete
  6. mana nak cari eyeliner cmni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah mention kat atas... boleh beli kat Guardian or watson :)

      Delete
  7. nicee...ok jugak mudah kering...sebab mata sye ni sepet..and tak duk diam..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee kann..... best ja cepat kering :)

      Delete

Subscribe to get email updates