Padan Muka

December 20, 2012

Assalamualaikum wbt

Hari ni taknak buat tutorial, review, or tips. Just nak share keGERAMan or should I say my bad day sejak mula semester 6 ni? And yes for those yang ada bagi request tu jangan risaw, yang tu saya update next week, ok?

So selasa lalu bermula lah my official class untuk semester 6 which is my last semester for my diploma in Tourism and Hospitality. My course lebih kepada masak2 dalam kitchen macam Master Chef tu ehehe. Nak dijadikan cerita, semester ni saya tak dapat asrama. So terpaksa lah pegi balik naik bas. Dah lah takda lesen, dari rumah ke kolej pulak tersangat lah jauh mak oii. 2 kali naik bas ko tau tak? Pegi kelas, 2 kali naik bas, pulang pun macam tu juga. Total, 4 times per day. Tambang? Tak lari Rm14 sehari. 5 hari kelas, dah Rm70 per week. Rm70 just tambang ja belum lagi termasuk makan minum, buku rujukan tebal-tebal belaka, bayar nota itu ini, and so on. What a life. Student. Memang macam tu. 

Hari pertama ke kolej, dengan semangatnya pakai baju kurung cantik2, saya tunggu lah bas kat terminal tu. Tunggu punya tunggu nak sejam bas tu tak jalan-jalan juga. Kelas mula pukul 8. Tapi saya masih kat terminal lagi! Hoho rasa nak hentak kepala kat tayar bas tu pun ada juga. Bas tu taknak jalan kalau belum penuh. Ok bye aku ter-miss 1st kelas. So plan nak masuk kelas ke-2 lah pukul 10 nanti.

Bila dah sampai kolej, lecturer tu pulak just bagi briefing ja. Maklum lah, subjek baru so lecturer taknak ajar lebih2 tuk kelas pertama ni. Dia bagi briefing in only 15minutes. So maknanya saya datang dari jauh semata-mata just untuk briefing 15minit tu ja? Haiiiihhhh... Bagus. Sangat bagus.

Balik ja rumah dengan muka yang masam dan penat, direct report kat bapa! Ehehe. Keesokan hari, dengan adanya ibu bapa yang prihatin dan sangat menyayangi anak bongsu mereka sorang ni, diorang sanggup hantar dari rumah ke terminal. So safe juga duit aku. Then, dari terminal tu ada lah classmate baik hati sudi tumpangkan. Lagi safe duit aku :)

So for the next 6months, macam tu ja lah kehidupan saya kan dok menumpang ja. Benci benci. Tapi apakan daya. Itu lah akibatnya kalau tak ambik lesen awal-awal. Adik-adik yang rancang nak ambik lesen tu, ambik cepat2. It is for your own good. Jangan jadi macam KAKAK korang ni hooo. Padan muka sangat-sangat. Dah semester 6 baru rasa rugi tak ambik lesen. Alasan? Takut nak drive -_-'

Semester 2 dulu. Tengah 'heaven' 1st time buat fish fillet.

You Might Also Like

4 comments

  1. Sabar la.. Hehe..Sbb masa sy sem 4 dlu pon mcm tu juga.. Tp saya punya masa weekend,roomate saya xnak balik ngan saya..Dy kata jaoh mau hantar saya dlu.. So,saya balik ulang alik naik komuter dr rumah sewa ke kg...

    ReplyDelete
  2. dl masa study sy naik moto je.jimat!

    ReplyDelete
  3. teringat blk kesusahan masa bljr dulu..ulang alik naik bus mcm tu.. kesabaran mengajar erti kejayaan..

    ReplyDelete
  4. yg penting smngat nk tmbah ilmu :)

    ReplyDelete

Subscribe to get email updates