Maybelline White Superfresh Long Lasting UV Cake Powder

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah Maybelline melancarkan produk baru lagi kali ni. Bukan lipstick, bukan foundation, tapi face powder. Kepada mereka yang masih tercari-cari bedak asas muka untuk raya yang bakal tiba ni, jom baca review ni, mungkin boleh buat korang jatuh cinta dengan produk baru, Maybelline White Superfresh Long Lasting UV Cake Powder.


The packaging
I really love the design. 

Bila sy dapat produk baru ni, I was in shock tau! Sebab sy tak tau pulak Maybelline ada melancarkan face powder baru. Cepat-cepat buka packaging, then tengok cermin dia terkejut beruk adinda. Cermin dia sangat-sangat clear, macam bukan cermin. Macam korang tengah pandang muka sendiri face to face, which is good sebab nampak sangat kualiti produk baru ni improve berbanding produk dulu. Haaa bestlah tak payah bawa cermin kecik lagi dalam handbeg bila nak sapu bedak. Bawak je sekali Maybelline White Superfresh ni, tak payah pegi toilet nak tonyoh bedak. Sambil berjalan pun boleh sebab cermin dia high kualiti. Seriously!

Ni nak cerita sal bedak dia pulak. Terus terang cakap, dulu sy memang suka guna produk daripada Maybelline sebab harga mampu milik dan senang nak dapat, pegi je mana-mana Guardian atau Watson. Tapi disebabkan beberapa produk diorang yang sy tak berapa nak minat sangat so I decided to stop guna produk Maybelline. However, beberapa minggu lepas bila produk ni sampai ke tangan sy, memang tak sabar nak cuba. Maybelline White Superfresh Long Lasting UV Cake Powder ni tak sama macam bedak Maybelline yang lain dimana korang kena touch-up 2 atau 3 kali sebab tak long-lasting dan cepat cair. Kalau dulu, sy kena touch-up bedak selang 3 atau 4 jam sebab muka berminyak. Tapi bila guna face powder baru ni, sekali pakai je then you're ready to go sampai ke petang sebab produk ni cepat meresap minyak berbanding bedak lain.


Ada sesetengah orang tak suka pakai foundation, direct pakai face powder sebab muka rasa lebih ringan katenye. Ok sesetengah face powder tak dapat bantu memutihkan kulit dengan baik kalau tak pakai foundation. Tapi dengan Maybelline White Superfresh Long Lasting UV Cake Powder ni, kalau korang tak pakai foundation pun takpe, kulit muka still nampak cerah dan warna kulit nampak lebih sekata. Paling penting, tidak tebal so takdelah nampak putih melepak macam badut kan. Kulit pun rasa halus je.

Sebelah kanan tu kulit nampak lebih cerah dan halus.
Kalau habis, jangan buang bekas tu. Boleh beli refill. Kat belakang tu dia ajar cara nak tukar kepada bedak baru.

Bedak muka Maybelline selalunya hanya mempunyai SPF18 atau paling tinggi SPF25. Untuk face powder baru ni, ia mempunyai SPF34++ !! So takyah risau lah keluar rumah dengan cuaca yang panas. SPF yang tinggi dapat melindungi kulit korang daripada menjadi gelap atau merah oleh cahaya matahari. 

Maybelline White Superfresh Long Lasting UV Cake Powder ni mempunyai 4 jenis warna yang korang boleh pilih:
  • 02 Nude Beige
  • 03 Natural
  • 04 Honey
  • Sand Beige

Mine is 03 Natural


Harga:
RM23.90

Mana nak beli:
- Watsons
- Guardian
- Parkson
- Any Maybelline store

Maybelline Website:


p/s: these product have been send out to me for a review purposes. all review above are based on my own opinion.